“Ahad adalah hari bersama keluarga, kerja jangan sampai lupa…” -Hairul Azreen - Utusan Malaysia

“Ahad adalah hari bersama keluarga, kerja jangan sampai lupa…” -Hairul Azreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Hairul Azreen menitipkan pesanan buat orang ramai termasuk dirinya agar seimbangkan masa bersama keluarga tersayang walau bagaimana sibuk sekali pun.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Wira itu memuat naik satu hantaran video yang memaparkan dia bersama keluarga kecilnya sedang menuju ke destinasi percutian menaiki sebuah helikopter.

Kongsi Hairul, setiap hujung minggu adalah hari dia bersama keluarga tercintanya.

“Ahad adalah hari bersama keluarga. Saya selalu cakap seperti ini kerana jika boleh, saya cuba setiap hari Ahad adalah hari untuk keluarga.

“Sibuk macam mana pun, kerana dari dahulu lagi saya buat pelbagai kerja. Jadi, saya tahu ada sahaja masa untuk kita curi sehari untuk keluarga. Sebab kita hidup perlu seimbang.

“Kerja jangan sampai lupa ibu bapa, adik beradik serta anak-anak,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia juga berpesan jika sibuk mana pun, sebaiknya curi masa untuk berhubung seketika menerusi panggilan video dan sebagainya.

“Kalau sibuk sangat, sekurang-kurangnya membuat panggilan video. Kita bukanlah yang terbaik.

“Tetapi cuba menjadi sebaik mungkin untuk keluarga,” coretnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi pujian buat pelakon itu kerana berjaya menjadi seorang contoh ketua keluarga yang terbaik.

Menerusi hantarannya sebelum ini, suami kepada pelakon terkenal, Hanis Zalikha itu juga dilihat menggamit memori semula ketika dia pernah mencari rezeki sebagai tukang cat jalan raya lebih 14 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya