“Tak perlu minta maaf, apa salah Ziyad?” - Haziq - Utusan Malaysia

“Tak perlu minta maaf, apa salah Ziyad?” – Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Haziq Hussni tidak berpuas hati sebaik mengetahui pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ‘dirompak’ oleh kem Ukraine petang semalam.

Jelas Haziq, dia sebenarnya masih tidak jelas berkenaan isu pembatalan dan penarikan semula emas para negara hebat itu.

“Katanya sebab lambat dua minit ke “call room”. Tapi awat (kenapa) sampai habis enam balingan dia lepas? Kenapa sampai dia sudah pecah rekod dunia dan menang emas baru nak tarik kemenangan?

What a joke lah (gurauan apa) @tokyo2020. Dan “kemenangan” Ukraine itu, boleh happy (gembira) ke korang (anda) meraikan emas yang anda tahu tidak layak?

“Apa pun Ziyad. Hang (awak) tidak perlu minta maaf. Apa saja hang salah? Tiada apa, satu dunia sudah menyaksikan rekod 11.94 itu yang lagi 10 tahun pun tiada siapa boleh tanding rasanya. We’re proud of you (kami bangga dengan awak),” luah Haziq.

Untuk makluman, selain Ziyad, dua lagi peserta lain dari Ecuador dan Australia difahamkan menerima protes sama daripada kem Ukraine kerana dikatakan lambat memasuki ‘call room’ atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.

Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik, Ziyad menyemarakkan kegembiraan buat kontinjen negara dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya