KUALA LUMPUR: Penari terkenal, Alam Wakaka mendedahkan dia dan isteri, Nurul Alisya Najwa Hazman bakal menimang cahaya mata pertama.
Berita gembira itu dikongsi Alam menerusi Instagramnya sementelah menzahirkan rasa syukur apabila berita itu turut hadir pada hari lahirnya yang ke 35 tahun.
“Hadiah terindah Alhamdulillah terima Kasih Ya Allah. Terima kasih semua yang menyediakan kejutan yang sangat indah. Terima kasih ahli keluargaku dan sabahatku semua,” luah Alam.
Dalam perkongsian terbaharu Alam turut memuat naik ucapan hari lahir buat isterinya yang ke 20 tahun.
“Seorang wanita yang tidak pernah Alam sangka akan menjalani kehidupan bersama Insya-Allah sehingga jannah. Hanya Allah yang tahu kenapa dia hadir dalam hidup Alam.
“Terima kasih kerana menjadikan Alam seorang suami yang penuh cabaran dan jangan risau, setiap cabaran Alam akan penuhi dengan kejayaan Insya-Allah. Terima kasih Isteriku, saya cintakan awak,” katanya.
Sementara itu, dalam perkongsian hantaran di akaun Najwa yang hamil empat minggu, berkata, dia bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah dan berharap semoga suami, anak dalam kandungan dan dirinya sihat selalu.
Sebagai informasi, pasangan Alam dan Najwa selamat berkahwin pada 7 Mac lalu di Pejabat Agama Segamat, Johor.