Difitnah rakan industri, Rita Rudaini percaya rezeki Allah - Utusan Malaysia

Difitnah rakan industri, Rita Rudaini percaya rezeki Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Rita Rudaini memberitahu ada rakan industri mendakwa dia sedang menjalani pengambaran walaupun belum mengambil vaksin Covid-19.

Tidak mengambil pusing terhadap dakwaan tersebut, pelakon itu percaya dengan rezeki yang akan diberikan Allah kerana semua orang mempunyai rezeki tersendiri.

Malah, Rita memberitahu dia kini masih berada di rumah menjalani kehidupan seperti biasanya.

“Sudahlah itu menggelupur sangat dengan rezeki orang lain fasal apa… semua itu Tuhan sudah tulis untuk sekian hambanya. Kalau kau menyalak dengar sampai ke Perlis pun, jika Allah dah kata itu rezeki orang itu, rezeki dia lah.

“Ada rakan industri fitnah saya, dia cakap saya tengah menjalani pengambaran tetapi tiada vaksin. Kecoh ini tengah menjaja, alahai sabarlah wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dan saya berbeza.

“Tuhan sudah asingkan. Tidak perlu nak berebut wahai teman. Saya di rumah sahaja, tidak pergi ke mana-mana pun. Saya percaya dengan rezeki Tuhan dah tetapkan,” katanya di Instastory.

Mengulas lanjut, dia menyifatkan dirinya sentiasa bersangka baik dengan kurniaan yang Maha esa.

“100 episod nama saya digugurkan pun okey. Sebab bagi saya, Allah dah tulis macam itu. Saya sentiasa bersangka baik dengan Dia.

“Sebab apa yang Dia tidak beri itu, ada sebabnya. Malah, Dia tidak pernah menghampakan hamba-hambanya.

“Jadi, percayalah. Apa yang dengki sangat saya? Tak rileks ke?” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya