PETALING JAYA: Pelakon, Erry Putra berang dengan tindakan seorang individu tidak dikenali yang secara tiba-tiba memaki hamunnya di Instagram (IG).
Erry menerusi satu entri di IG, berkongsi kemarahannya terhadap hantaran individu yang biadab tersebut.
“Nak tanya ini, dia ini siapa, pagi-pagi muncul maki hamun saya. Saya kenal pun tidak perempuan ini.
“Kalau maki saya sahaja, boleh lagi tenang. Tapi dia maki negeri saya, tak boleh tenang ini.
“Awak nak surat saman malu ke macam mana? Pelik-pelik manusia sekarang ini,” tulisnya.
Menerusi hantaran mesej di IG, individu terbabit secara tiba-tiba menyerang pelakon filem Lari ini dengan menggunakan kata-kata kesat.
“Jangan berlagak sangat. Mati masuk kubur juga bangang.
“Bajet bagus konon. Orang Kelantan memang tak sedar diri,” tulis individu berkenaan.