KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ammar Titan berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nur Amalina Jamil selamat melahirkan cahaya mata cahaya mata perempuan kedua semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 33, menerusi satu hantaran gambar yang memaparkan wajah bayi comelnya itu.
“Assalamualaikum semua nama saya Maryam Malaika Azizul Ammar,” coretnya ringkas tengah malam semalam.
Menjengah di ruangan komen hantaran perkongsian itu, Ammar disirami ucapan tahniah dan doa kebaikan buat anakanda bongsunya.
“Tahniah Ammar. Semoga Maryam Malaika membesar menjadi anak solehah dan sihat. Semoga ibunya juga sihat walafiat,” tulis rakan-rakan artis.
Pasangan Ammar dan isteri, Nur Amalina Jamil, selamat mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz pada 1 April 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang zuriat bernama Airis Aisyah yang kini berusia empat tahun.