PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Saharul Ridzwan memberi dedikasi teristimewa buat isteri tercintanya, Deena Amir sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, hari ini.
Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu keping gambar yang memaparkan pelakon tersebut sedang menyarungkan cincin buat pertama kali semasa diijab kabulkan, beberapa tahun lepas.
Menurut Saharul, dia menitipkan rasa syukur dan berharap dapat membawa keluarga kecilnya itu menuju ke syurga Allah.
“MasyaAllah, Tabarakallah. Dah lima tahun hari ini. 50,000 tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah sudah takdirkan saya akan bersama awak sebagai suami isteri.
“Tetapi kita tidak tahu apa di depan. Tapi saya tahu apa yang nak sekarang. Saya ingin bersama-sama keluarga di syurga Firdaus, bersama-sama kekasih Allah, Nabi Muhammad.
“Kita usaha ya sayang untuk ke sana, InsyaAllah,” coretnya di Instagram.
Sebagai informasi, pasangan dua sejoli itu selamat bergelar suami isteri pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 4 dan Fateema Azzahra, 1.