PETALING JAYA: Pelakon, Wawa Zainal dan tiga cahaya mata, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil dan Aya Soffya Suhairil disahkan bebas wabak Covid-19.
Khabar gembira itu dikongsikan Wawa atau nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, menerusi Instagramnya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, swab (ujian calitan) semalam Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi, syukur ya rab.
“Cuma kadang-kadang takut, sampai bila kita mampu bertahan daripada Covid-19 ini ya Allah. Risau sangat.
“Adik beradik Wawa, anak saudara ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami Wawa, pelakon, Aeril Zafril yang disahkan positif Covid-19 kini menjalani tempoh kuarantin di kediaman mereka.