Tujuh tahun tak berlakon, Hanis kata nantilah - Hairul Azreen - Utusan Malaysia

Tujuh tahun tak berlakon, Hanis kata nantilah – Hairul Azreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah filem Ada Hantu, Hairul Azreen, 33, tidak menafikan pernah mempelawa isterinya, Hanis Zalikha, 31, untuk terlibat sama dalam filem arahan pertamanya ini.

Menurut Hairul, perkara itu pernah beberapa kali ditanya kepada Hanis namun pelakon dan pempengaruh media sosial popular itu masih tetap dengan jawapan yang sama, belum bersedia.

“Saya ada ajak dia berlakon untuk filem ini, ada satu watak yang dirasakan sesuai. Tapi dia tak nak. Dia cakap, dia tak pernah pun berlakon sama dengan saya sebelum in apatah lagi nak bekerja di bawah arahan saya.

“Kurang lebih tujuh tahun dia berehat dari dunia lakonan. Saya cakap, apa salahnya dia kembali semula. Hanis jawab, dia selesa dengan apa yang dilakukan sekarang,”katanya.

Hairul berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media secara virtual filem Ada Hantu yang akan memulakan tayangannya bermula 13 Ogos, esok di platform Disney+Hotstar.

Selain itu, kongsi Hairul, Hanis bagaimanapun ada memberikan isyarat kemungkinan akan kembali aktif berlakon suatu masa nanti.

“Sampai sekarang pun ada juga yang bertanya, mengapa saya dan Hanis tak pernah terlibat berlakon sekali sama ada filem romantis atau genre lain. Saya pun tak tahu.

“Cuma, Hanis apabila ditanya pasal lakonan, dia tidak menolak, suatu masa nanti akan kembali berlakon. Cuma mungkin bukan sekarang. Dia kata nanti,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kritikan yang pernah diterima Hairul sebelum ini mengenai filem arahan pertamanya ini, pelakon ini tidak melatah dan mengaku menerima baik segala kritikan membina.

Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya penonton dan warga net mengkritik sesuatu tanpa melihat atau menonton karya tersebut yang belum ditayangkan lagi.

“Kalau ikutkan, setiap perkara pasti akan ada orang suka dan tak suka. Saya akan dengar dan ambil yang mana kekurangan yang boleh diperbaiki.

“Kalau sebelum ini ada yang cakap filem ini teruk, saya rasa tak adil juga sebab filem belum pun ditayangkan lagi, tak tengok lagi. Saya menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam filem Sda Hantu ini.

“Kita kenalah saling menyokong serta beri peluang dan ruang buat para pengkarya tempatan.Semua orang bermula dari bawah dan apalah salahnya beri peluang”katanya.

Dalam pada itu, kata Hairul, dia tidak patah semangat dan menjadikan semua kata-kata kritikan itu sebagai pemangkin untuk dirinya melakukan lebih baik selepas ini terutama dalam bidang pengarahan.

Selain Hairul, filem Ada Hantu ini turut dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Zahiril Adzim sebagai Aliff, Shiqin Kamal (Bariah), Elvina Chua (Sasha) dan Nafiez Zaidi (Jimmy).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya