PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian apabila tampil bertudung labuh di Instagramnya (IG).
Penampilan terbaharu Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, itu dikongsikannya dalam beberapa keping gambar yang dipaparkan di platform tersebut baru-baru ini.
Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen bagi perkongsiannya itu.
Selain itu juga, timbul persoalan apabila pelakon filem Pilot Cafe ini turut bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di IG.
Aktres jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun.