Suria FM anjur perarakan animasi virtual sempena bulan kemerdekaan - Utusan Malaysia

Suria FM anjur perarakan animasi virtual sempena bulan kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stesen radio popular tanah air, Suria FM, mengambil inisiatif menganjurkan perarakan animasi virtual bersama KL Sketch Nation sempena bulan kemerdekaan, bulan ini.

Dalam satu kenyataan, anjuran yang diberi nama Perarakan Merdeka Suria X KL Sketch Nation itu merupakan perarakan animasi secara virtual, pada 31 ogos ini.

Sehubungan itu, inisiatif penganjuran itu juga bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menunjukkan rasa cinta dan kebanggaan terhadap negara sendiri dengan menjadi sebahagian daripada perarakan animasi virtual tersebut.

“Hantarkan lukisan atau ilustrasi unik karakter mengikut template dan tema patriotik harian yang disediakan di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 untuk merebut peluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM4,000 serta hadiah eksklusif daripada Suria FM.

“Selain itu, terdapat sembilan jenis tema yang akan dimuatnaik di laman web berkenaan sebagai rujukan kepada pendengar yang ingin menyertai pertandingan ini.

“Sehingga 30 Julai lalu, sebanyak tiga tema patriotik yang telah dimuatnaik iaitu Olimpik, Patriotik serta Adiwira,” tulisnya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 atau ikuti media sosial Suria Malaysia dan KL Sketch Nation.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya