Saya kehilangan ramai orang tersayang - Dayangku Intan - Utusan Malaysia

Saya kehilangan ramai orang tersayang – Dayangku Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal era 80-an, Dayangku Intan, 56, meluahkan rasa sedih apabila melihat ramai kalangan kenalan dan orang tersayang yang berada di sekelilingnya telah pergi dijemput Ilahi akibat Covid-19.

Dayangku atau nama sebenarnya,Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, juga tidak meletakkan pengecualian andai dirinya juga terdedah kepada risiko itu memandangkan wabak berkenaan dilihat semakin berleluasa.

“Saya kehilangan ramai orang yang saya sayangi. Semoga mereka ditempatkan di syurga yang tertinggi iaitu syurga firdaus.

“Buat keluarga, sahabat dan semua yang mengenali saya, Covid-19 semakin bermaharajalela dan meragut nyawa. Tanpa disedari, kemungkinan kita. Sekiranya terkena pada diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dan sekiranya ada hutang belum dijelaskan, jumpalah waris saya.

“Dengan hiba rasa di hati, salam rindu daripada saya,”katanya.

Penyanyi ini menulis kata-kata tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya malam tadi.

Perkongsian itu juga telah mendapat respons dan komen yang pelbagai daripada pengikut dan peminatnya di media sosial yang turut dilihat berkongsi perasaan dan saling mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya.

Sebelum ini, Dayangku Intan pernah diuji dengan pemergian anak perempuannya, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23, yang meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati sekitar Februari tahun lepas.

Allahyarham menjalani pemindahan hati yang didermakan adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hopsital Selayang awal Februari tahun lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN