PR lepas tangan? - Utusan Malaysia

PR lepas tangan?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bengang juga Poklip bila dengar cerita yang satu ini. Dalam banyak-banyak perkara, mengapa menyusahkan orang menjadi pilihan? Bukankah memudahkan sesuatu urusan itu membuatkan hati kita berasa senang?

Tetapi tidak untuk pengurus artis seorang ini. Dia memilih untuk lepas tangan bila ada sesuatu isu berkaitan artisnya. Senang cerita, eh, pandai-pandai kau lah. Dah besar panjang kan?
Dakwaan ini disampaikan seorang teman media.

Katanya, buat masa ini sebarang aktiviti fotografi tidak dibenarkan. Jadi, mahu tidak mahu kenalah menagih gambar daripada rakan artis.

Itu bukan masalah. Saban minggu, team Pancaindera sendiri terpaksa berhadapan situasi itu. Namun demi menjaga diri dan orang lain, kita sahut cabaran dan mempersembahkan yang terbaik untuk anda semua.

Tetapi pengurus kepada artis ini ambil jalan mudah untuk lepas tangan bila kita minta gambar terbaharu artis yang dijaganya. Mula-mula bagi kerjasama tetapi gambar yang diberi tidak mencapai kualiti.

Bukan nak demand, cuma biarlah gambar yang diberi itu ada value dan setaraf standard seseorang artis. Ini macam ambil gambar tepi kedai makan ditambah pula kualiti yang agak kabur, bukankah ini menyusahkan?

Bila rakan Poklip minta gambar baharu, jawapannya ringkas. Tidak ada. Amboi, senangnya jawab. Mudah buat kerja ya? Maka, garu kepala lah rakan Poklip mahu cari gambar baharu, nasib baik dapat.

Cuma kecewalah dengan pengurus yang suka lepas tangan itu. Selepas ini, memang Poklip berhati-hati bila mahu bekerjasama dengan pengurus itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya