KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nourul Wahab Depp, 44, memberi peringatan kepada ibu bapa agar memeriksa mata anak-anak yang kerap menggunakan alat bagi tujuan tertentu sepanjang pandemik ini.
Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka ini di Instagramnya, lazimnya anak-anak akan diberi alat untuk meluangkan masa pada hari cuti, namun ketika ini penggunaan itu lebih banyak berbanding hari luang.
“Pandemik ini membentuk satu lagi isu yang membimbangkan. Sekolah dalam talian, boleh dikatakan semuanya online, kerana itu dekat dengan komputer riba dan telefon pintar.
“Anak-anak sudah jadi terbiasa. Cabaran setelah habis pandemik nanti, periksa mata mereka. Saya bagi pakai kaca mata jenis polarised supaya tidak rosak mata.
“Tapi tetap bagi yang hitam sebab fokus kat telefon. Ini komputer mudah alih yang besaq (besar), yang kecil lagi merisaukan. Dulu hanya hujung minggu guna telefon, tapi sekarang tiada aktiviti, hari-hari pakai,” ujarnya.
Bagi Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, dia berbuat demikian kerana terpaksa atas tuntutan kerja.
“Kita pun nak kerja tanpa gangguan, terpaksa… Semoga segera dan sembuh dari pada segalanya. Nak tengok anak-anak gembira berlari di luar dan ke sekolah tanpa halangan semula,” coretnya.
Pada perkongsian video pendek di IG, penyanyi itu merakamkan aktiviti anak-anak yang sedang ralit bermain alat di ruang tamu.
Menerusi ruangan komen, majoriti ibu bapa melayangkan tanda setuju di mana anak-anak perlu diawasi dan perlu membuat pemeriksaan mata kerana percaya akan ada kesan jangka masa panjang kelak.