PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Faezah Elai tampil memberi penjelasan berkaitan alahan yang berlaku pada wajahnya kini, yang didakwa golongan anti-vaksin kononya berpunca daripada kesan sampingan pengambilan vaksin.
Menurut Faezah di Instagam, dia mengakui berasa kecewa ekoran dakwaan tersebut, bagaimanapun lantas menjelaskan perubahan wajahnya itu disebabkan daripada pengambilan ubat paracetamol, bukan kerana suntikan vaksinasi.
“Saya perlu menjelaskan mengenai perkara ini. Semua, hantaran sebelum ini berkenaan mata saya yang bengkak adalah disebabkan oleh alahan pada paracetamol, bukan vaksin!
“Saya telah mendapatkan vaksinasi lengkap hampir sebulan yang lalu tanpa mempunyai sebarang kesan sampingan sama sekali. Siap makan durian selepas cucuk. Alhamdulillah, elok.
“Mata bengkak ini baru dalam dua minggu kerana makan paracetamol. Ampa yang anti-vaksin itu malas saya nak cakap fasal ini kerana hak awak untuk memilih. Tapi janganlah putar belit kata saya.
Mengulas lanjut, Faezah memberitahu alahan pada wajahnya itu sama sekali tiada kena mengena dengan pengambilan suntikan vaksinasi tempoh lalu.
Sebelum ini, pelakon tersebut ada berkongsi mengenai keadaan wajahnya menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya.
Kemudian, ia telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak segelintirnya membuat spekulasi sendirin yang menyatakan alahan tersebut ada kaitan dengan vaksin yang diambilnya.