PETALING JAYA: Pelakon, Lana Nordin menegaskan tidak akan membiarkan mana-mana individu cuba menabur fitnah dan tuduhan palsu terhadap dia serta keluarganya.
Lana atau nama penuh, Mazlina Hasan Nordin melaungkan amaran tersebut menerusi Instastory yang dimuat naik baru-baru ini.
“Sesiapa lagi yang fitnah dan cuba mengaibkan keluarga aku, aku tidak akan teragak-agak akan ambil tindakan undang-undang.
“Jaga-jaga ya sebab jangan ingat aku diam, akaun (media sosial) kamu semua aku tidak perhatikan,” tulisnya tegas.
Jelas Lana, dia akan terus ‘memburu’ individu-individu terbabit dan meminta mereka yang berkaitan agar menghentikan semua tuduhan tidak berasas terhadapnya.
“Aku bukan propa ya, satu persatu aku akan buru korang. Cepat atau lambat sahaja.
“Jadi, sebelum peguam aku sampai ke page engkau orang, baik engkau orang padam sebelum peguam aku sampai!” tegasnya.