Doktor akan keluarkan bayi Sarah - Pengurus - Utusan Malaysia

Doktor akan keluarkan bayi Sarah – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengurus penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, Nana Mohd Rom memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang ini.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan semakin baik sejurus selepas bacaan yassin dilakukan buatnya sebentar tadi.

“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan yassin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengahari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. 

“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan yassin, doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.

“Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebentar tadi, difahamkan satu majlis bacaan yassin  yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf itu telah diadakan secara virtual dan dihadiri sekurang-kurangnya 92 kenalan Siti Sarah dan Shuib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya