Dia satu-satunya yang terima Nabila Huda seadanya - Nabila - Utusan Malaysia

Dia satu-satunya yang terima Nabila Huda seadanya – Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda menitipkan pujian buat suami tercinta, Mohd Izwan Johar sempena kelahirannya yang ke-38.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem Munafik 2 itu memuat naik satu video yang memaparkan gelagat suami kesayangannya itu sepanjang bersamanya.

Menurut Nabila, dia menyifatkan dirinya sangat bertuah dikurniakan pasangan hidup yang dapat menerima baik buruknya serta mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

Tambahnya juga, Izwan adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami serta seorang bapa.

“Satu-satunya manusia di bumi yang boleh mengawal saya tanpa mengeluh, marah atau cemburu. Dia juga adalah satu-satunya orang yang tidak pernah memaksa Nabila Huda untuk berubah dan terima saya seadanya.

“Seterusnya, dia tidak pernah menilai saya. Buruk atau baik, dia sentiasa senyum. Dia adalah lelaki yang paling penyabar serta paling sopan santun apabila bercakap dengan orang. Sangat merendah diri.

“Tidak pernah sekali dia meninggikan suara. Saya berubah menjadi seorang yang lebih baik oleh kerana dia. Tanpa dia suruh, tanpa memaksa. Dalam tidak sedar, saya ikut cara awak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pengacara rancangan Melodi itu turut mengakui secara tidak langsung suaminya banyak mengubah cara hidupnya selama mereka berkahwin.

“Awak telah banyak mengubah saya. Awak mengubah gaya hidup saya. Dia memasak untuk saya dan semua kerja rumah dia buat.

“Dia adalah lelaki yang menjalankan tanggjungjawab sebagai seorang suami dengan betul. Saya bersyukur kerana adanya awak dalam kehidupan saya, sayang.

“Terima kasih kerana menjaga saya dan Keisha dengan baik. Dulu saya selalu berdoa untuk hidup dalam keserdahanaan, tapi ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Allah makbulkan doa saya,” coretnya panjang di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya