"Cantik Neelofa, seri ibu mengandung" - Peminat terus berteka-teki - Utusan Malaysia

“Cantik Neelofa, seri ibu mengandung” – Peminat terus berteka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa, 33, menerima banyak pujian hari ini apabila kalangan pengikut dan peminat yang mengikuti siaran langsung di Instagram dan Shopee yakin dirinya kini sedang berbadan dua.

Memuji kecantikan wanita ini, ada antara peminat juga seolah-olah dapat menghidu gerak-geri pengacara dan pelakon kesukaan mereka ini yang seakan-akan wanita hamil.

Antaranya, kata mereka, menerusi bentuk perut Neelofa selain dinilai dari segi percakapannya yang sedikit mengah dan terputus nafas.

Selain itu, ada antara peminat juga terlebih awal melayangkan ucapan tahniah kepadanya selain memuji dirinya yang semakin berseri bak ibu mengandung.

Tidak cuma itu, ada juga pengikut yang meninggalkan komen di ruangan Instagram Live itu dengan mendakwa pernah ternampak Neelofa menerima suntikan vaksin tempoh hari di sebuah klinik ibu mengandung.

Pun begitu, kesemua pertanyaan, ucapan dan teka-teki yang dilemparkan menerusi sesi Instagram Live tersebut tidak dijawab oleh Neelofa yang sedang fokus mempromosikan koleksi terbaru jenama tudung Naelofar bersama aplikasi jual beli Shopee.

Sesi tersebut turut menyaksikan Neelofa berinteraksi bersama pengacara Bella semasa mempromosikan koleksi-koleksi terbarunya itu.

Dalam pada itu, Neelofa pada penghujung bicara, sempat melayangkan ucapan buat semua pengikut, peminat dan rakyat sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos ini.

“Kita akan menyambut kemerdekaan dalam masa beberapa hari saja lagi. Selamat Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia di luar sana. Walaupun banyak yang kita lalui selama hampir dua tahun ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kita semua.

“Didoakan supaya kita semua sentiasa dilindungi dan hidup dalam keberkatan dan keharmonian dan kita diselamatkan daripada penyakit dan wabak ini,”katanya.

Desas desus mengenai kehamilan Neelofa mula bertebaran sejak awal Julai lalu di mana dia dikatakan sering secara tidak sengaja melakukan aksi memegang perut menerusi Instagramnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya