Bukan hanya diri, tapi nak lindung keluarga - Alif Satar - Utusan Malaysia

Bukan hanya diri, tapi nak lindung keluarga – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar, 31, menasihati semua pihak agar tidak bimbang mengenai kesan sampingan suntikan vaksin sekiranya ada.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, keazaman untuk menjalankan tanggungjawab itu seharusnya menjadi titik fokus penting dalam usaha memastikan diri dan keluarga terlindung daripada wabak Covid-19.

“Hari ini sudah seminggu saya terima suntikan dos vaksin yang kedua. Jadi, saya ada seminggu lagi tempoh untuk benar-benar bebas daripada proses vaksinasi ini.

“Alhamdulillah, saya rasa okey dan badan rasa sedap. Cuma nak beritahu pada semua, kita vaksin ini adalah untuk lindungi diri, lindung semua.

“Vaksin ini adalah bukan untuk diri semata, tetapi juga melindungi keluarga dan teman-teman. Jangan risau pada kesan sampingan. InsyaAllah, semua akan jadi okey,”katanya.

Alif berkata demikian dalam satu hantaran video ringkas di akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, Alif juga melahirkan rasa gembira dan syukur kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah menerima suntikan vaksin kedua menerusi program yang diusahakan kerajaan ini.

“Mana yang belum dapat itu, jangan risau. Terus bersabar untuk menunggu giliran anda. Macam saya sendiri, sudah dua minggu hari ini saya terima dos kedua dan tiada kesan sampingan macam pening atau demam.

“Jadi, anda semua jangan risau. Dapatkan vaksin anda,”katanya.

Terdahulu, Alif juga menyatakan sokongannya terhadap kempen vaksinasi ini menerusi penghasilan lagu berjudul Lindung Diri, Lindung Semua ciptaan komposer Sundara Raj.

Lagu di bawah kempen yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini turut menyaksikan nyanyian Alif bersama kumpulan The Locos.

Lagu itu dicipta khas untuk menghargai petugas-petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya