Achey cuba cari jalan hubungi ibu di hospital - Utusan Malaysia

Achey cuba cari jalan hubungi ibu di hospital

ACHEY akan terus turun padang dalam menyampaikan rasa berterima kasihnya kepada golongan pendidik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan selebriti usahawan, Achey melahirkan rasa bimbang apabila memikirkan keadaan ibunya iaitu Ngaisah Hassan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, keadaan bertambah runsing kerana dia tidak dapat menghubungi ibunya yang telah dipindahkan ke wad lain sejak pagi semalam.

“Sejak pagi semalam sehingga ke hari ini, saya tak dapat lagi nak hubungi mak saya selepas dia dah dipindahkan ke wad lain. Sebelum ini, ada kawan-kawan dia yang tolong angkatkan panggilan telefon dan tolong borak dengan dia. Kalau saya tak dapat hubungi mak, saya akan hubungi kawan dia.

“Tapi sekarang, saya tak tahu nak hubungi siapa. Bila hubungi wad, kadang-kadang jururawat berada dalam wad, dekat kaunter tak ada orang. Hanya tahu perkembangan tapi tak dapat borak dengan mak.

“Saya agak risau juga sebab mak saya ini cepat tertekan kalau tak dapat borak dengan anak-anak dan tak nampak orang yang ambil berat fasal dia,” katanya.

Sebelum ini Achey ada berkongsi khabar duka apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, abang dan kakak disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Selain itu, menurut Achey lagi, ibunya dilihat dalam keadaan semakin baik namun masih tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana.

“Setakat ini, apa yang saya tahu, dia ok dan kuat. Keadaan dia semakin baik termasuk kadar oksigennya. Alhamdulillah dia masih dalam keadaan sedar.

“Tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi atau ditidurkan. Cuma kadang-kadang dia ada demam. Saya pun tengah cari jalan untuk cuba menghubunginya di wad baru itu,”katanya.

Semalam, Achey menerusi laman Instagram juga berharap semua pengikut dan peminat dapat mendoakan keadaan ibunya yang dilihat sangat tidak baik.

Achey turut memberitahu adik ipar iaitu Laila dan anaknya, Anaqi pula di bawa Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kulai pada pagi Sabtu.

Selain itu, abang Achey sudah dipindahkan ke PKRC di Tangkak, Johor selepas dimasukkan ke Hospital Segamat manakal adiknya yang juga pelawak Natasha Hamzah kini dirawat di PKRC Johor Bahru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya