Abang Shuib, Aisar minta maaf sekali lagi - Utusan Malaysia

Abang Shuib, Aisar minta maaf sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Aisar Khaledd sekali lagi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada selebriti Shuib sekeluarga dan rakyat Malaysia selepas “dilibas” bertalu-talu dengan kecaman orang ramai sejak Isnin lalu.

Diiringi salam takziah buat keluarga penyanyi kesayangan ramai, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Aisar mengakui bersalah dengan perbuatannya itu.

“Saya mengaku salah bahawa membawa sensitiviti ke dalam video saya iaitu mengenai arwah kak Siti Sarah. Ya memang salah.

“Saya belajar daripada kesilapan yang saya buat dan saya berjanji lepas ini akan lebih berjaga-jaga sebelum membuat apa-apa kandungan dan tidak memandang sebelah mata terhadap kandungan yang diterbitkan.

“Mintak maaf abang Shuib dan keluarga lagi sekali,” mohonnya di Instagram petang, hari ini.

Dalam kenyataan itu, Aisar turut memohon kepada netizen berhenti mengungkit mengenai isu yang tidak benar.

“Saya tengok banyak orang yang suka bertambah rasa pada cerita tersebut. Saya tidak mahu isu ini menjadi berlebih-lebihan.

“Oleh itu, saya Aisar khaledd menyerahkan 10 jari untuk meminta maaf sangat-sangat kepada abang Shuib sekeluarga dan arwah kak Siti Sarah sendiri dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya