“Teruskan kerja bantu orang lain, berdakwah serta buat baik” -Pesanan terakhir bapa Ebit Lew - Utusan Malaysia

“Teruskan kerja bantu orang lain, berdakwah serta buat baik” -Pesanan terakhir bapa Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa pilu apabila mengenangkan pesanan terakhir arwah bapanya, Ibrahim Lew, yang sangat bermakna buat dirinya semasa masih hidup.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit juga meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama ketika bapanya menghembuskan nafas yang terakhir, semalam.

Malah, dia turut menitipkan rasa rindunya yang teramat sangat terhadap arwah bapanya yang telah pergi selamanya.

“Ya Allah, rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya, ‘Ebit jangan risaukan bapak, teruskan kerja bantu orang lain ya. Teruskan dakwah dan buat baik’.

“Bapak kerja kuat setiap hari, tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati dunia ini pun. Semuanya diberi pada orang lain, suka memberi. Setiap hari merindui arwah mak.

“Maafkan Ebit tiada saat akhir bapak tadi (semalam),” luahnya.

Dalam pada itu, Ebit menitipkan doa buat arwah ayahanda tercintanya, agar diampunkan segala dosa serta diberikan syurga buatnya.

Semalam, bapa pendakwah bebas telah meninggal dunia dan jenazahnya dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya