‘Tanggungjawab besar, kena jawab depan Allah’ - Khiriah - Utusan Malaysia

‘Tanggungjawab besar, kena jawab depan Allah’ – Khiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Nur Khiriah menzahirkan rasa syukur apabila dia telah meraih satu juta pengikut di Instagram (IG), hari ini.

Bagaimanapun, kata pelakon drama Nur  itu, menjelaskan, ia adalah satu tanggungjawab besar kerana apa yang dikongsikan menerusi platform itu kelak akan dinilai pada hari pengadilan.

“Macam tak percaya boleh dapat sejumlah itu. Bukannya apa… orang lama dan cerita pun lama. Besar tanggungjawab ini sebenarnya, semua nak kena jawab depan Allah nanti.

“Malah tidak mudah untuk dapat ke angka ini, tanpa mengira siapa yang ikut semoga setiap perkongsian saya dapat memberi manfaat bersama-sama. Cuma biasalah kadangkala terbabas, manusia biasa.

“Alhamdulilah untuk satu juta ini, terima kasih kepada yang sudi follow, biasa-biasa saja saya ini. Doa yang baik-baik Insya-Allah dapat yang baik-baik juga,” tuturnya di IG.

Sebagai informasi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK2010) mula aktif di IG pada April 2014. Umum tahu pelakon hebat itu sering berkongsi perihal pengalaman peribadi selain rutin sebagai artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya