Sebenarnya dia sedih - Siti Sarah - Utusan Malaysia

Sebenarnya dia sedih – Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Disahkan positif Covid-19, penyanyi dan usahawan selebriti, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkongsi riak wajah suaminya, Shuib Sepahtu yang mana baginya juga sedang menanggung kesedihan di hati.

Menerusi sebuah video ringkas yang dikongsikan di Instagram Story (IGS) miliknya, Siti Sarah mengungkapkan rasa yang tersirat di sebalik riak wajah Shuib yang ketika itu sedang tersenyum.

“Sebenarnya dia sedih,”tulisnya.

Terdahulu,Siti Sarah ada bertanyakan kepada Shuib mengenai keadaannya sambil merakamkan video tersebut yang kemudiannya disambut oleh pelawak berkenaan dengan jawapan ‘okey’.

“Sayang, apa awak sedang rasakan sekarang? Macam tak okey saja,”katanya.

Sebelum Shuib, menerusi IGS, Siti Sarah juga ada merakamkan perbualan ringkas dengan anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, 8, yang juga disahkan positif Covid-19.

“Talita, macam mana, okey? Ada sakit tekak tak? Ada rasa lemah atau apa-apa tak? Ada rasa sayang ibu tak? Sayang anak ibu,”katanya.

Perkhabaran malang ini telah diumumkan oleh Siti Sarah di akaun Instagramnya selepas memperolehi keputusan ujian calitan pada pagi semalam.

Menurut penyanyi ini, dia dan seluruh keluarga berlapang dada dengan ujian tersebut dan menganggap pasti ada hikmah tersembunyi selain mahu kekal berfikiran positif.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah SWT. Doakan Sarah dan keluarga sembuh ya, terima kasih,”katanya.

Menerusi hantaran tersebut, ramai kalangan peminat, pengikut termasuk rakan-rakan selebriti membanjiri di ruangan komen sambil mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan penyanyi tersebut dan semua ahli keluarganya.

Selain Siti Sarah, Shuib dan anaknya Talita, dua lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, dan Ariq Matin, 6, juga disahkan positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya