Saya tak buat macam apa yang dituduh itu- Daiyan Trisha - Utusan Malaysia

Saya tak buat macam apa yang dituduh itu- Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Daiyan Trisha kesal dengan tindakan seorang individu yang menuduhnya hanya sekadar berseronok dan ingin mendapatkan suntikan vaksin lebih awal dengan menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Daiyan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter meluahkan kekecewaan terhadap individu tersebut yang bukan sahaja menyebar fitnah malah mengheret netizen lain untuk turut sama mengecam dan mengeji pelakon ini.

“Sukarelawan itu ialah orang yang melakukan sesuatu secara sukarela. Tidak perlu, tidak dipaksa. Direlakan terutamanya dalam memberikan sesuatu khidmat.

“Tetapi, bila saya dituduh dan difitnah seperti ini, tak tahulah nak rasa apa. Bukan saya sahaja, malah sebilangan rakan artis yang lain juga.

“Naratif ini tidak patut terus diterima bulat-bulat seperti ini, terutamanya bila ianya bohong dan fitnah semata.

“Saya sudah bekerja sukarela selama beberapa hari, semua dalam lima hingga 10 jam sehari.

“Saya tidak pernah merungut, mahupun melakukan apa yang diperkatakan seperti membawa rakan-rakan, jurugambar dan sebagainya,” tulisnya panjang.

Susulan kejadian itu, Daiyan dengan bantuan Qualitas Medical Group Sdn Bhd (Qualitas) telah berjaya mengenal pasti individu tersebut yang juga merupakan salah seorang sukarelawan di PPV yang sama.

“Hairan, sepatutnya dia tahu yang saya bertugas seharian, dia juga ada bergambar bersama saya.

“Tetapi masih menyebar fitnah terhadap saya dengan menjawab “yes” melalui Twitter apabila ditanya adakah Daiyan ini antara artis yang datang hanya untuk sesi bergambar, bersosial dan balik selepas 15 minit bertugas,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Busker itu berkata enggan memanjangkan isu tersebut dan telah menerima permohonan maaf yang dibuat individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Apa-apa pun walaupun anda sudah menimbulkan fitnah terhadap saya, terima kasih juga kepada individu berkenaan kerana meminta maaf dan memadam Tweet tersebut.

“Saya harap anda belajar daripada kesalahan anda,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya