“Sakitnya ya amat! Tuhan je tahu -Fizi Ali dedah kerap kena bisul - Utusan Malaysia

“Sakitnya ya amat! Tuhan je tahu -Fizi Ali dedah kerap kena bisul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio terkenal, Fizi Ali, berkongsi keadaan dirinya yang kini sudah tidak tahan lagi dengan penyakit bisul yang dialami.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi mendedahkan sering menghidap penyakit bisul sejak beberapa tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

Namun, baru-baru ini penyakit berkenaan kembali semula di bahagian lain.

“Sejak umur meningkat 30-an, kerap sangat terkena bisul. Pernah sampai kena tahan wad buat pembedahan sebab bisul. Ingatkan dah berakhir, baru-baru ini jadi lagi dekat kaki.

“Sakitnya ya amat! Tuhan sahaja tahu. Nak dijadikan cerita, dua tiga hari lepas tumbuh dekat tempat lain. Kali ini dua tempat terus dia serang iaitu di ketiak dan peha.

“Pelik, kenapa kerap pula jadi. Tak tahan dah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fizi turut meminta kepada warganet untuk berkongsi mengenai cara merawat penyakit bisul tersebut kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya