Rasa bersalah, sampai doa sebut nama Shuk - Issey - Utusan Malaysia

Rasa bersalah, sampai doa sebut nama Shuk – Issey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dikritik kerana dianggap tidak sensitif ketika bergurau, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham, 35, memohon maaf jika ada kalangan warganet yang menyifatkan tindakannya bergurau kasar dengan Syuk Sahar sebagai tidak wajar.

Menurut Issey, dia tidak mempunyai masalah dengan Shuk dan selama ini menganggap pelawak serta pengacara tersebut sebagai sahabat yang rapat dan baik.

“Jadi, sebagai kawan-kawan rapat, kami ini memang sudah biasa bergurau kasar. Cuma saya akuilah kesilapan dan kekhilafan sendiri kerana mungkin tidak patut bergurau seperti itu secara umum.

“Ini kerana ternyata sudah ramai pula yang tersalah faham dan menganggap seolah-olah saya nak menghentam Shuk. Sedangkan kami berdua okey dan sudah sedia maklum cara masing-masing bergurau,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, tular video sedutan daripada program I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (ICSYVMY4) siaran TV3 yang menyaksikan Shuk dikenakan oleh Issey yang menyindirnya secara langsung di pentas tersebut.

Antara yang disebut Issey ialah, Shuk pernah curang manakala dirinya tidak pernah selain dalam segmen lain turut menyebut dirinya ada radio manakala pelawak tersebut tiada.

Gurauan itu merujuk kepada latar belakang shuk yang sebelum ini sering terkait dengan kontroversi curang sehingga rumah tangganya goyah selain tidak lagi bekerja sebagai penyampai radio di Hot FM.

Dalam pada itu, Issey yang sekali lagi menyusun jari memohon maaf kepada warga net termasuk secara peribadi kepada Shuk atas kekhilafan dirinya.

“Saya cuma nak mainkan karakter yang nampak macam jahat dan nakal, tapi tak sangka pula macam dah terlebih jahat. Minta maaflah kepada mana-mana pihak yang rasa ia satu perbuatan tak wajar.

“Saya pun sudah minta maaf dengan Shuk sendiri dan kami okey. Dia pun gelak-gelak sahaja. Tapi tak dinafikan, tak boleh buang rasa bersalah itu bila jadi macam ini. Saya sampai masa solat, minta doa dan sebut nama Shuk supaya dia tidak dibelenggu dengan isu ini.

“Harap selepas ini tidak adalah yang cuba memanipulasikan isu ini ya. Saya kasihan dengan Shuk. Minta maaf sekali lagi ya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya