‘Ramai yang terjejas ketika ini’ – Alif Satar lega dapat bantu orang memerlukan - Utusan Malaysia

‘Ramai yang terjejas ketika ini’ – Alif Satar lega dapat bantu orang memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Alif Satar meluahkan rasa lega apabila perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bukan sahaja membantu mengurangkan beban diri dan keluarga malah turut memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.

Kata Alif, dia bersyukur kerana perniagaan itu sedikit sebanyak membantu mereka yang terkesan memperoleh pendapatan sampingan ketika musim pandemik ini.

“Ramai yang terjejas ketika ini. Ada hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Saya terinspirasi, melihat ramai yang bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus mencari pendapatan dengan berniaga untuk menampung keperluan.

“Dalam berniaga, saya terapkan sistem stokis dan ejen untuk mengajak orang lain berniaga bersama saya. Dengan cara ini, ekosistem yang membantu orang untuk menjana pendapatan dapat diwujudkan,” katanya.

Alif pada masa sama tidak menafikan, seperti orang lain, penggiat seni sepertinya juga terkesan dengan pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia ini.

Namun katanya, tiada cara lain yang boleh dilakukan selain terus berniaga dan terbuka menceburi bidang tertentu untuk kelangsungan hidup.

“Banyak juga perkara-perkara positif yang saya lihat di media sosial. Ada remaja yang mula menjual biskut dan telefon pintar di Instagram dan ramai juga yang melakukan dua kerja dengan mengendalikan kelas tambahan di waktu pagi dan menjadi pemandu e-hailing di sebelah petang.

“Seperti industri lain, dunia hiburan juga terkesan. Boleh saya katakan, tiada undangan nyanyian atau tawaran lakonan pada ketika ini. Tapi bagi saya, ini masanya untuk saya cuba terokai bidang-bidang yang lain untuk mencari pendapatan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya