Nora Alexandra kesal dituduh mandul, hampir bunuh diri - Utusan Malaysia

Nora Alexandra kesal dituduh mandul, hampir bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Model asal Indonesia, Nora Alexandra kesal dengan tindakan seorang individu yang menyebar fitnah dengan menuduhnya mandul kerana masih tidak memiliki zuriat sehingga ke hari ini.

Lapor Suara.com, Nora menempelak dan meminta individu terbabit memberikan bukti atas dakwaan tersebut.

“@bungacollections.mkssr berikan bukti kalau saya mandul,” balasnya Nora di Instagram.

Tuduhan pengguna media sosial itu juga telah mencalar emosi isteri kepada anggota Superman Is Dead, Jerinx ini sehingga hampir merancang untuk membunuh diri dengan meminum racun.

“Jujur semalam aku asyik memikirkan tentang komen fitnah ini. Aku tidak mandul, rahimku sihat dan dahulu pernah hamil tetapi aku alami keguguran kerana terlalu semangat bersenam.

“Semalam juga ingin minum racun kerana menerima komen seperti ini, sedih, kepikiran,” tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, Nora turut berterima kasih buat netizen yang memberi kata-kata semangat dan sokongan buat dirinya.

“Terima kasih teman-teman followers di Twitter, walau ada yang belum pernah bertemu tetapi sokongan kalian buat aku semangat. Ya walaupun aku tak berguna kerana aku belum hamil dan mereka menuduh aku mandul.

“Tolong jangan hakimi aku yang dimana aku belum mampu hamil tetapi bukan bererti aku mandul,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya