Musim Covid-19 ini pun sempat lagi layan mabuk ke bro? -Eira Syazira - Utusan Malaysia

Musim Covid-19 ini pun sempat lagi layan mabuk ke bro? -Eira Syazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Azad Jasmin, berasa berang setelah pagar kediamannya roboh didakwa akibat dilanggar pemandu mabuk.

Insiden tersebut dikongsi isterinya,  Eira Syazira yang memuat naik video memaparkan suaminya bengang dengan kejadian tersebut.

Dalam perkongsian berkenaan, Azad kelihatan meluru masuk ke dalam rumah untuk mengambil kuali di dapur menandakan protesnya kepada si pelaku.

“Mabuk punya pasal, periuk saya pula jadi mangsa. Persoalannya, musim-musim covid ini pun sempat lagi layan mabuk ke bro?” coret Eira

Namun, pelakon filem Kongsi sekadar  berseloroh sahaja sambil mengayunkan kuali berkenaan untuk bermain badminton bersama anak perempuannya.

Sebelum ini, Azad telah menunaikan impian isterinya untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya