Judika selalu berdebat dengan isteri - Utusan Malaysia

Judika selalu berdebat dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Baru sahaja menubuhkan jenama label muzik sendiri bersama isteri, menerusi syarikat Dua Anak Deo (DAD), penyanyi terkemuka Indonesia, Judika mengaku adakala sukar mengelak daripada berdebat dengan Duma Riris Silalahi.

Menurut Judika, walaupun mereka adalah pasangan suami dan isteri, namun apabila timbul soal kerja apalagi dalam menguruskan label muzik tersebut, kedua-duanya mempunyai pandangan dan prinsip berbeza.

“Memang ada perdebatan. Saya yang hasilkan kandungan untuk media sosial, bahagian kreatif juga saya yang kendalikan. Iyalah, ini satu daerah yang baru buat kami berdua, berdebat pun adalah untuk kita menjadi lebih mahir menguruskan label ini,”katanya.

Selain itu, menurut Duma Riris pula, suaminya itu adakalanya lebih senang untuk mengalah ketika kedua-duanya saling bercanggah pendapat.

“Dulu, dia adalah artis yang diuruskan oleh orang lain. Sekarang, dia yang menguruskan semuanya. Pemuzik dan usahawan memang susah hendak bersatu.

“Tapi sekarang kami berdua sudah boleh sama-sama berbincang jika ada percanggahan pendapat,”katanya.

Sementara itu,menurut Judika, keputusan untuk menubuhkan label muzik sendiri dilihat sebagai satu tindakan yang tepat memandangkan sudah sekian lama dirinya meraih pengalaman dalam industri.

“Saya sudah ada pengalaman bersama label sebelumnya, Jadi sekarang saya pula yang jadi pemandu kereta sendiri dan buat semua pengurusan itu. Mungkin ini adalah keputusan yang tepat setelah lama berada dalam industri seni,”katanya.

Dalam pada itu, Judika memaklumkan bahawa DAD juga sudah mempunyai seorang penyanyi yang bernaung di bawahnya.

Penyanyi muda tersebut merupakan seorang daripada peserta Indonesian Idol dan dikenali sebagai Dnanda.

Bersama DAD, Dnanda telah pun melancarkan single pertamanya yang berjudul Tak Sekedar Cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya