"Ini sudah keterlaluan. Saya tak mampu berdiam lagi!" - Baim Wong - Utusan Malaysia

“Ini sudah keterlaluan. Saya tak mampu berdiam lagi!” – Baim Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon Indonesia, Baim Wong meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai dirinya untuk melakukan penipuan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Baim menganggap rancangan individu-individu tersebut sebagai keterlaluan dan memberitahu tidak akan berdiam diri serta merancang untuk mengambil tindakan.

“Ini sudah keterlaluan (maklumat dikongsikan teman rapat saya. Nampaknya sudah tidak boleh didiamkan lagi).

“Bagi mereka yang merasakan telah ditipu dan yang telah pun benar-benar melakukan pemindahan wang (menerusi sms atau apa sahaja) mesej terus kepada saya bersama dengan bukti-buktinya.

“InsyaAllah kita akan tangkap. Saya tidak mampu berdiam lagi,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Baim bertindak memuat naik aduan seorang individu yang menulis panjang tentang nasib seorang pembantu rumah yang nyaris ‘terjerat’ dengan modus operandi penipu berkenaan.

Menurut individu itu, dia juga hampir mempercayai dengan apa yang dikhabarkan pembantu rumah berkenaan.

“Teman-teman online ku yang mengenali Baim Wong atau pihaknya, tolong sampaikan jika kandungan Pilih Random Menang 100 Juta nya disalahguna pihak lain untuk penipuan.

“Seorang pembantu rumah baharu sahaja terkena. Dia memberitahu telah ditawarkan sumbangan wang berjumlah 100 juta rupiah (RM28,700) dari Baim.

“Katanya lagi dia diminta memberikan alamat untuk individu tersebut menjemputnya di rumah,” tulis wanita tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya