JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Baim Wong mendedahkan dia sudah memilih nama untuk bakal anak keduanya yang kini sudah memasuki minggu ke 24.
Dalam perkongsian video di Youtube, isterinya, Paula turut berpesan kepada Baim supaya tidak memberikan nama yang aneh untuk bakal cahaya mata kedua mereka itu.
“Saya sudah ada nama. Dragon Wong!” kongsi Baim yang bakal menimang cahaya mata lelaki keduanya.
Gelagat pasangan suami isteri itu mendapat komen positif peminat yang suka melihat kemesraan dan kebahagian yang dimiliki merpati dua sejoli itu.
Dalam video sama, Baim turut meluahkan rasa syukur kerana isterinya berada dalam keadaan baik-baik sahaja sepanjang proses kehamilan.
“Alhamdulillah, sihat. Berat kandungan juga sihat. Paula juga sihat. Paling penting, kedua-duanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Doakan urusan kehamilan sehingga kelahiran nanti dipermudah ya.
“Lebih-lebih lagi di kala pandemik Covid-19 ini kan, ibu hamil seharusnya lebih berhati-hati,” katanya.
Baim mendirikan rumah tangga dengan Paula Verhoeven pada tahun 2018 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun.