JAKARTA: Bapa pelakon dan penyanyi terkenal, Irwansyah, Umar Effendi telah menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.
Berita duka itu dikongsi menerusi Instagram ibu mentua Irwansyah, Fenny Bauty.
“Telah berpulang ke rahmatullah ayahanda tercinta Irwansyah dan Hafiz Faturrakhman. Takziah, mohon doanya ya teman-teman. Semoga Allahyarham baisan ku husnul khatimah. Amin kabulkanlah doa kami,” coret ibu Zaskia Sungkar.
Menerusi perkongsian sama, ibu mentua penyanyi popular menerusi lagu My Heart turut memanjatkan doa.
Sementara itu, isteri Irwansyah berkongsi gambar proses mengurus jenazah dan hanya terlihat beberapa petugas yang memakai pakaian perlindungan diri serta juga ambulan.
“Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, semua tunduk kepada-Nya. Covid-19 pun makhluk Allah,” tulisnya.
Menjengah akaun penyanyi Pecinta Wanita itu, masih tidak ada sebarang kenyataan dibuat. Kali terakhir dia dilihat bersama arwah pada pertengahan bulan Jun lalu.
“Jarang-jarang si bos mahu bergambar bersama. Selepas bercuti ke puncak Alhamdulillah dia mahu ikut, biasanya dia tak nak kalau diajak jalan-jalan. Doakan ya teman semua, semoga beliau sihat dan selalu dalam lindungan Allah,” tulisnya.