Banyak menjurus hal negatif - Isyariana - Utusan Malaysia

Banyak menjurus hal negatif – Isyariana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Isyariana Che Azmi, 31, mendedahkan, dia tidak mahu terlalu selesa bergantung dengan penggunaan media sosial sementelah percaya, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Menurutnya, meskipun segala-galanya kini memperlihatkan kepentingan kemudahan di hujung jari, Isyariana enggan menjadikan media sosial sebagai satu kemestian dan cuma memilih bahan tertentu untuk dikongsikan kepada umum.

“Media sosial adalah medium komunikasi yang sangat luas pengaruhnya. Ada yang membawa kepada positiviti, tetapi kebanyakannya menjurus kepada hal negatif. Jadi, saya secara amnya tidak terlalu bergantung sangat dengannya.

“Saya pilih apa yang hendak dipamerkan dan apa yang dirasakan tidak perlu, maka tidak,”katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, kata pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini, penggunaan platform tersebut lebih banyak difokuskan kepada urusan kerja selain untuk berkomunikasi dengan peminat dan pengikutnya.

“Sudah menjadi satu tanggungjawab untuk saya membahagikan masa antara media sosial dan masa untuk diri sendiri. 

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga saya lebih banyak membuat aktiviti yang positif di rumah. Bagi saya, kesihatan minda adalah yang paling penting.

“Jika minda sihat, maka sihatlah jiwa dan InsyaAllah, sihatlah juga tubuh badan kita ini,”katanya.

Dalam pada itu, Isyariana berkata, bagi mengisi masa sepanjang tempoh PKP ini, dia juga mengambil peluang ini untuk memfokus kepada keperluan dirinya sendiri.

“Inilah masanya untuk saya reset diri setelah sudah banyak tenaga digunakan semasa sibuk dengan aktiviti lakonan dan sebagainya. Antara yang saya buat ialah dengan melakukan meditasi.

“Saya juga da merancang sesuatu sebagai projek baru selepas PKP 3.0 ini berakhir. InsyaAllah,”katanya.

Selain itu, kata Isyariana, dia juga bersyukur kerana single terbarunya yang berjudul Bisik Hati diterima baik oleh semua pendengar dan peminat walaupun mengalami kesukaran untuk mempromosikannya kerana tempoh PKP pada waktu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya