Arena fokus bantu adik autisme dan keluarga - Utusan Malaysia

Arena fokus bantu adik autisme dan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Pelakon drama Hati Yang Dikhianati, Arena Wan Mun-Yi Iman Wan atau Arena Lieya, 22, cuba melihat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ini dari sudut positif walaupun sedar ramai sedang terjejas dengan semasa.

Menurutnya, meski tidak banyak yang boleh dilakukan, sekurang-kurangnya tempoh duduk di rumah kini membolehkannya untuk menghargai ruang masa yang ada bersama keluarga.

“Saya banyak memfokuskan pada keluarga semasa tempoh ini. Sebab bila kerja dan perlu berada di set penggambaran, memang tak ada masa langsung dengan keluarga.

“Jadi, saya lihat situasi ini dari sudut positif untuk lebih rasa bersyukur dengan hikmahnya.Bukan apa, ramai lagi orang di luar sana yang tak dapat jumpa keluarga terutama ibu bapa berbulan-bulan lamanya. 

“Jadi ya, saya lebih banyak fokus bantu menguruskan adik yang autisme, Adam selain Ara. Alhamdulillah, dapat bantu kurangnya beban ibu dan ayah saya sedikit sebanyak,”katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, menurut Arena, tempoh PKP sekarang juga tidak bermakna dia perlu berpeluk tubuh sahaja dan peluang ini digunakan dengan sebaiknya untuk melakukan aktiviti bermanfaat.

“Menariknya, sekarang saya ada banyak masa untuk belajar memasak dan cuba resipi baru bersama ibu. Selain itu, saya juga ada sertai kelas mengaji Al-Quran secara atas talian setiap minggu.

“Dan tentu, sebagai pelakon juga saya akan cuba perbaiki mutu lakonan dan satu caranya dengan menonton semula drama yang pernah dilakonkan untuk lihat mana kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Tak cuma itu, saya tengok juga drama-drama lain sebagai rujukan dan mempersiapkan diri sebelum sambung penggambaran baru,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia kerap melekat dengan media sosial sementelah tidak boleh menjalani sebarang aktiviti penggambaran pada waktu ini, Arena tidak menafikan perkara itu.

“Boleh dikatakan melekat juga terutamanya Instagram, Netflix, Tiktok dan YouTube. Alhamdulillah, semasa tempoh duduk di rumah ini juga saya diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat rebiu produk.

“Jadi secara tidak langsung, jadual harian saya terisi padat.  Hanya jika saya tidak buat apa-apa maka barulah ada masa untuk menonton filem sebagai rujukan lakonan itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya