Zynakal tiada niat persenda budaya - Utusan Malaysia

Zynakal tiada niat persenda budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap muda berbakat, Zynakal barangkali baru mengumpul kekuatan apabila dia tampil memberi penjelasan pada hari ini berhubung isu sindiran yang dibuat terhadap busana tradisional etnik Sarawak yang dipakai oleh rakan baiknya, Yonnyboii baru-baru ini.

Menurut Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, 22, dia memohon maaf selain mengaku tiada niat menghina atau menyindir busana tersebut atau mana-mana budaya sesuatu masyarakat.

“Ingin dijelaskan bahawa saya cuma bergurau dengan Yonny dan tiada niat persendakan busana tradisional itu. Jujurnya, saya memang tak tahu ada isu yang sama bertebaran dan hangat diperkatakan mengaitkan seorang pempengaruh media sosial.

“Semua yang berlaku adalah kebetulan. Tak sangka pula saya terkena tempias juga walhal ketika itu saya hanya bergurau dengan Yonny.

“Kalau ada yang tersinggung, saya benar-benar minta maaf,”katanya yang dilihat mendiamkan diri kurang lebih empat hari untuk tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Zyn berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas diminta untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya meninggalkan komen berbaur sindiran terhadap pakaian dan budaya masyarakat Sarawak di akaun instagram Yonny.

Antara ayat yang ditinggalkan oleh Zynakal di ruangan komen di Instagram Yonny ialah ‘Uga Uga’ yang disifatkan oleh rata-rata warga net sebagai penghinaan kepada budaya masyarakat di Sarawak.

Komen seperti itu dibuat oleh Zynakal selepas Yonny memuatnaik sekeping foto sewaktu zaman remaja dalam Instagram yang memaparkan dirinya sedang memakai busana tradisional etnik Sarawak.

Dalam pada itu, penyanyi ini berjanji untuk lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat sebarang komen atau hantaran di media sosial bagi mengelak berlakunya salah faham atau mengguris hati mana-mana pihak.

Terdahulu, isu sensitif ini pernah dibangkitkan oleh pasangan pempengaruh media sosial DurianKimchi iaitu Ryzal dan Maryam.

Menurut laporan media, pasangan suami isteri ini juga kononnya bergurau mengenai pakaian tradisional kaum Iban namun perbuatan tersebut telah membuatkan ramai warga net terutamanya masyarakat etnik tersebut berang dan kecewa dengan tindakan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya