Tak kisahlah bodoh atau pandai - Ara Johari - Utusan Malaysia

Tak kisahlah bodoh atau pandai – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi Ara Johari, 23, menganggap sebagai seorang wanita, dia rela dan selesa menjadi diri sendiri berbanding sanggup ‘berlakon’ menjadi wanita bodoh-bodoh alang dalam usaha mengejar jodoh.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Warkah ini, seharusnya seseorang manusia khususnya yang beragama Islam untuk meletakkan kepercayaan kepada Yang Maha Pencipta tentang segala hal apalagi tentang jodoh dan ajal.

“Saya pun tak tahu sejauh mana kesahihan saranan kononnya wanita kenalah jadi bodoh-bodoh alang sikit atas alasan para lelaki suka begitu. Bagi saya, jodoh ini rezeki yang datangnya daripada kurniaan Tuhan.

“Kalau jodoh kita sampai, maka sampailah. Tak kisahlah bodoh ke pandai ke, yang penting, saya rela macam ini daripada diperbodohkan.

“Saya pun tak tahu nak bersetuju atau tidak dengan kenyataan sebegitu, separuh hati itu ada bila mengenangkan ada juga kawan saya yang tak kahwin-kahwin lagi sebab dia pandai sangat,”katanya dalam satu sidang media pelancaran single terbarunya, Aku Tetap Cinta secara virtual, hari ini.

Ara juga berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang menyarankan agar seseorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh.

Kenyataan itu menjadi tular di pelbagai platform media sosial terutama di Twitter yang menyaksikan pelbagai respons berbeza daripada pengguna dan masyarakat.

Selain itu, ketika ditanya soal jodoh juga, menurut Ara, dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat memandangkan belum bertemu mana-mana calon suami yang sesuai.

“Seseorang yang istimewa itu tiadalah, tapi kalau nak kata saya sedang berkawan itu, ada.

“Cuma tak boleh nak cakap sangat sebab masing-masing sedang mengenali hati budi lagi, “katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya