Shima Anuar reda ibu mentua dijemput Ilahi - Utusan Malaysia

Shima Anuar reda ibu mentua dijemput Ilahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Shima Anuar reda dengan pemergian ibu mentuanya, Saadiah Ishak,77, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 10.34 pagi tadi selepas sebulan terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Menurut Shima, dia dan suaminya Mohd Solih Toha telah membawa jenazah pulang ke kampung halaman di Temoh, Perak untuk urusan pengkebumian.

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 10.34 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur. Seperti yang semua maklum, arwah dimasukkan ke hospital akibat diserang penyakit jantung hujung Mei lalu.

“Saya dan suami sama-sama menghantar Jenazah pulang ke kampung di Temoh, Perak untuk pengebumian yang dilakukan selepas solat Asar,” katanya.

Shima juga ada berkongsi khabar sedih mengenai mengenai pemergian arwah ibu mentuanya itu di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusinya, Shima turut mengucapkan terima kasih kepada ibu yang menerimanya sebagai menantu dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.

“Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu mentua saya, Saadiah Ishak yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua. Mak, terima kasih terima Shima untuk jadi menantu mak.

“Terima kasih lahirkan abang. Seorang anak, suami dan ayah yang baik untuk kami. Semoga mak tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, pada 17 Jun lalu, Shima berkongsi kesihatan ibu mentuanya bertambah baik selepas dua minggu berada dalam keadaan koma akibat diserang penyakit jantung.

Jelas Shima, ibu mentuanya mengidap penyakit jantung dan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh selepas solat subuh pada hujung Mei lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Nasi Tangas ini mengakui dia dan suaminya amat terkesan dengan pemergian tersebut memandangkan arwah sudah lama menetap bersama mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya