Segan kongsi keputusan SPM - Bella Dowanna - Utusan Malaysia

Segan kongsi keputusan SPM – Bella Dowanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon drama Budak Tebing, Bella Dowanna Halim, 18, mengaku enggan mendedahkan keputusan sebenar yang diperolehinya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru sahaja diumumkan minggu lalu.

Menurut Bella, timbul rasa segan untuk berkongsikan perkara itu kepada orang ramai biarpun keputusan yang diperolehinya menyaksikan dirinya lulus dalam semua mata pelajaran.

“Alhamdulillah,keputusan SPM saya okay. Saya ada dapat A dan paling penting tak ada pun yang gagal.

“Kalau boleh memang saya tak nak kongsi keputusan itu. Dengan kawan- kawan pun saya segan nak kongsikan, apatah lagi dengan orang lain,”katanya ketika ditemui dalam sidang media secara virtual drama Budak Tebing 2 hari ini.

Selain itu, menurut Bella, dia ada merancang untuk menyambung pengajian selepas ini dan mungkin akan mempertimbangkan jurusan perniagaan sebagai bidang yang ingin didalami.

“InsyaAllah, tetapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Hasrat saya ialah nak cuba seimbangkan lakonan dan belajar itu dengan sebaiknya,”katanya.

Sementara itu, Bella akui berdepan cabaran untuk mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan SPM memandangkan jadualnya bertindih dengan penggambaran drama.

Bagaimanapun, kata Bella, ia bukanlah satu alasan untuknya tidak berusaha mengulangkaji pelajaran dan dia mengambil inisiatif sendiri dengan mencari guru kelas khas peribadi.

“Kadang-kadang tak ada masa nak ulangkaji dan nak pergi sekolah pun tak dapat sebab penggambaran pun awal pagi. Itu adalah antara cara saya untuk memastikan diri tak mengabaikan pelajaran,”katanya.

Berdasarkan keputusan SPM 2020 yang diumumkan minggu lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan Gred Purata Nasional (GPN) mencatatkan rekod terbaik dalam tempoh lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya