Rasa nak pakai tudung balik - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Rasa nak pakai tudung balik – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon cantik dan popular, Uqasha Senrose,29, memberi bayangan dirinya mungkin akan memakai tudung namun sedar keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, hal itu dianggap perlu menjadi keutamaan lantaran bimbang andai ada warganet yang akan mengecam.

“Rasa macam nak pakai tudung semula, tapi kena istiqomah dulu, nanti kena kecam,”katanya dalam satu video yang dimuat naik di platform Tik Tok, semalam.

Terdahulu, Uqasha di dalam video tersebut dilihat seperti sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya daripada sebuah jenama tempatan.

“Alhamdulillah, saya dapat abaya lagi. Saya tak pernah kecewa dengan rekaan abaya. Walaupun ia jubah, tapi ia kelihatan bergaya tapi pada masa yang sama, ia menutup aurat. Itu paling penting,”katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah memakai tudung sekitar tahun 2013 namun selepas tiga tahun, dia kemudiannya mengejutkan banyak pihak dengan keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung.

Perkara tersebut menjadi bahan perdebatan termasuk sindiran dan kecaman orang ramai menyebabkan kekasih pelakon Kamal Adli ini terpalit dengan kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya