Rasa bersalah tapi…- Azar Azmi - Utusan Malaysia

Rasa bersalah tapi…- Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azar Azmi, mengaku rasa bersalah terhadap produksi drama Derita Untuk Bahagia kerana terpaksa merehatkan penggambaran untuk menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu pada awal tahun ini.

Menurut Azar, dalam tempoh menjalani penggambaran drama itu pada masa sama dia terbabit dalam satu program sketsa lucu dan Naim Danial merupakan kontak rapat dengan Alif Satar yang ketika itu positif Covid-19.

“Rasa bersalahlah tapi tak minta pun, sebab masuk buat program sketsa lucu. Ketika itu pula keadaan agak teruk. Saya ada juga bertanya dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maklum balas keputusan negatif tetapi tak boleh beri jaminan yang saya ini sama ada dijangkiti ataupun pembawa.

“Namun terpulang atas budi bicara produksi untuk teruskan penggambaran atau tidak. Bila dah jadi macam ini, masing-masing ambil langkah keselamatan terpaksa hentikan seketika untuk tempoh dua minggu,” ujarnya.

Ekoran itu membuatkan jadual penggambaran terpaksa diubah kerana Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, 32, yang memegang watak utama dalam drama itu sebagai Alisha, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19.

Selain Azar, drama itu dibarisi oleh pelakon Hafreez Adam sebagai Raif, Amar Baharin, Marisa Yasmin, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Dian P Ramlee, Riezman Khuzaimi, dan ramai lagi.

Drama 30 episod arahan Ejump Mohd terbitan Astro Prima dan syarikat produksi MIG Productions Sdn. Bhd. itu bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 Jun 2021 di saluran Astro Prima (105) bagi menggantikan drama Hati Yang Dikhianati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya