Program ‘Kita Jaga Kita’ bantu keluarga kumpulan B40. - Utusan Malaysia

Program ‘Kita Jaga Kita’ bantu keluarga kumpulan B40.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susulan penularan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia, Yayasan KRU melancarkan program ‘Kita Jaga Kita’ bagi membantu keluarga kumpulan B40.

Menurut presidennya, Datuk Norman Abdul Halim berkata, program tersebut berbentuk tajaan latihan jangka pendek dan sumbangan barangan teknologi maklumat bertujuan memperkasakan ilmu serta ekonomi kalangan keluarga B40.

Seterusnya, penerima sumbangan diwajibkan mengambil kursus-kursus latihan jangka pendek (dibawah tajaan Yayasan KRU) secara atas talian bagi bidang kemahiran berkaitan industri kreatif dan pemasaran digital.

Katanya, pelatih juga akan dibimbing untuk menjadi pempengaruh bagi memulakan atau memajukan perniagaan melalui kerjasama strategik melalui platform media digital dan e-dagang.

“Golongan belia adalah kumpulan sasar kami kerana mereka mampu mencetus perubahan. Kami percaya program ini memberi impak tersendiri khususnya mengubah nasib golongan belia B40 bagi membantu keluarga.

“Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada AEON Co Malaysia Berhad serta Majlis Belia Malaysia kerana menjadi organisasi-organisasi terawal memberi sokongan kepada program kami ini,” katanya.

Selanjutnya, artis-artis yang terlibat dalam rakaman lagu dan penggambaran video muzik ‘Kita Jaga Kita’ turut menyumbang kepada tabung Yayasan KRU, di mana hasil kutipan royalti serta jualan digital dari penstriman digunakan bagi membiayai inisiatif Yayasan KRU.

Lagu tersebut juga menggabungkan artis-artis pelbagai bangsa dan Ikon Media bagi program ‘Kita jaga Kita’ menampilkan lebih dua puluh orang yang terlibat bagi bersama-sama menjayakannya.

“Sukarelawan hanya perlu membantu Yayasan KRU memuat naik dan berkongsi bahan-bahan hebahan program ini melalui platform media sosial masing-masing, termasuk lagu tema serta video muzik.

“Kami juga ingin menjemput orang ramai serta sektor swasta untuk bersama-sama Yayasan KRU menjayakan inisiatif ini. Untuk maklumat lanjut atau mendaftar sebagai sukarelawan, sila layari laman sesawang www.yayasankru.org,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya