Kalau sebut nama pelakon ini, mungkin lima daripada 10 akan menggeleng tak tahu. Maknanya apa? Dia belum cukup popular untuk dikenali oleh semua orang. Tetapi ada yang kurang manis tentang perangai si polan ini tau.
Kisahnya disampaikan seorang teman Poklip. Ceritanya, dia cuba menghubungi pelakon ini. Yalah, pengantin baharu jadi hendaklah juga bertanya tentang bagaimana kehidupan selepas bernikah kan. Orang kata, berkongsi cerita.
Tetapi bila dihubungi, ada sahaja alasan pelakon itu. Jawapannya asyik ‘saya sibuk, boleh hubungi sekejap lagi ya’. Kalau sekali dua tak apa tau, ini sudah masuk kali ketiga dalam hari berbeza jawapannya tetap sama.
Kawan Poklip pun naik hantu lah. Eh, sibuk sangat ke sampai tak boleh layan pertanyaan wartawan? Bukan nak tanya pasal khabar angin konon awak menggatalkan dengan isteri orang pun. Sekadar nak tanya fasal perkahwinan awak je.
Tapi Poklip cuba menenangkan kawan tadi. Ala, mungkin sahaja pelakon itu benar-benar sibuk sehingga dia tak boleh melayan sebarang pertanyaan. Apa ingat pelakon kerja mereka berlakon sahajakah? Zaman sekarang ini semua kerja kita buat tau.
Mungkin dia ada perniagaan untuk diuruskan. Mungkin juga dia sedang sibuk memadu kasih dengan isteri tersayang. Pesan Poklip, janganlah berburuk sangka. Kalau susah sangat, jangan dilayan lagi. Biarkan dia dengan kesibukkannya okey?