JIKA ada yang perasan, sudah jarang sekali pelakon berbakat besar, Nabila Huda melayan kerenah warganet yang selama ini sering sahaja menjadikannya sasaran kecaman dan kritikan. Maklumlah, sebagai seorang artis, mustahil untuk dia benar-benar memastikan dirinya bebas daripada kontroversi, apatah lagi ketika darah muda menguasai tingkah dan jiwa. Malah, dalam bab lantang bersuara di media sosial, Nabila juga boleh dianggap juara. Cuma, anehnya keadaan itu sudah seakan perlahan-lahan ditinggalkan wanita ini. Ia sekali gus menyaksikan tiada lagi ragam pelakon ini saling berbalas komen pedas dengan mana-mana ahli ‘Jabatan Netizen’ yang berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya