PETALING JAYA : Penyanyi nasyid, Fitri Haris, meluahkan rasa syukur setelah isteri tercintanya, Fazilah Omar, selamat melahirkan anakanda sulung mereka, hari ini.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Fitri, bayinya tersebut mengalami masalah pernafasan dan terpaksa ditahan wad.
Justeru itu, Fitri memohon doa orang ramai agar putera sulungnya itu dalam keadaan yang baik sahaja.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anakanda kami. Terima kasih atas doa yang dikirimkan.
“Doa agar kesihatan bayi dan mamanya diberi kesihatan yang baik. Anak saya sekarang berada di bahagian penjagaan rapi untuk menstabilkan pernafasan.
“Azan juga dilakukan secara berhati-hati untuk kebaikannya. Anak saya mengalami masalah pernafasan, pohon doa dari semua,” kongsinya.