Entah apa lagi aib awak nak jaja - Shahrulezad - Utusan Malaysia

Entah apa lagi aib awak nak jaja – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pelakon wanita yang kini dilihat begitu rancak menjaja cerita buruk selebriti di lokasi pengambaran menerusi aplikasi Tiktok.

Di samping itu, Shahrulezad yang mesra dikenali sebagai Budak Ejat, mempersoalkan sikap pelakon berkenaan yang tanpa segan silu membuka aib artis sebagai konten Tiktoknya.

“Sejak kebelakangan ini, abam tengok dia makin galak pula membuka pekung set dia pada umum demi meraih likes dan penonton.

“Habis segala cerita buruk ‘rumah tangga’ kami didedahkan pada umum dan ada yang tular. Dik, jangan jaja sangat, itu aib. Abam tak faham apa motif awak cerita pekung semua rakan artis pada umum. Untuk apa?

“Awak buat kami sebagai penggiat akan menjauhkan diri dari awak disebabkan mulut mulut yang terlalu lancang itu,” katanya.

Tambah Budak Ejat, dia didakwa berasa bimbang untuk mengesyorkan mahupun mengambil pelakon wanita tersebut berlakon di mana-mana stesen televisyen.

“Sudahlah membuka pekung kita semua. Terus terang cakap, abam takut nak cadangkan nama kepada stesen jika awak terus kekal dengan cara begini.

“Bahaya dik, esok lusa jika awak masuk set abam, entah apa aib kami awak jaja nanti,” coretnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya