KUALA LUMPUR: “Buat pilihan sekarang nak jaga ekonomi atau nak ramai lagi yang mati sebab Covid? Ramai dah mak ayah kami yang meninggal sebab Covid. Cukup-cukuplah,”.
Itu kata pelakon Ashraf Muslim, 39, berhubung peningkatan kes baharu terutamanya membabitkan kluster dari sektor perkilangan.
Menurut pelakon itu, dia berasa hairan mengapa sektor tersebut masih beroperasi sedangkan jangkitan dan kes baharu semakin menular. Apatah lagi masih ramai yang belum menerima suntikan vaksin.
“Dah tahu kluster kilang paling banyak tutuplah. Apa yang susah sangat. Makin ramai yang kena Covid, makin bertambahlah yang akan masuk wad unit rawatan rapi (ICU). Ramailah ahli keluarga akan kehilangan keluarga.
“Kesian petugas barisan hadapan kita. Siang malam berjaga untuk kita semua tapi kluster baru ada saja bertambah setiap hari dan kebanyakannya dari sektor perkilangan. Bila nak selesai macam ni?
“Ramai lagi belum ambil vaksin. Kalau dah 80% terima vaksin barulah longgar sikit-skit. Sekarang buat keputusan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya,” luahnya kesal.