Duit simpanan masih ada - Ramlah Ram - Utusan Malaysia

Duit simpanan masih ada – Ramlah Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Ramlah Ram bersyukur kerana duit simpanannya masih ada meskipun tidak menafikan dia turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut penyanyi legenda itu, kerjaya sebagai penyanyi juga senasib dengan pekerjaan lain namun pada masa sama perlu mencari ikhtiar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Nak cakap fasal terkesan ketika PKP, sejak awal PKP lagi sudah terkesan sebenarnya. Sebab kurang tawaran dan aktiviti pentas ditambah lagi ada PKP yang tidak boleh melibatkan industri muzik dijalankan. Berbeza dengan lakonan, setidaknya sebelum ini penggiat seni bidang itu boleh cari makan.

“Alhamdulillah duit simpanan saya masih ada. Tapi tak boleh juga saya bergantung sepenuhnya dengan tabung. Bukit kalau ditarah sekali pun gondol juga. Maka kena berusaha juga,” ujarnya yang mengamalkan budaya berjimat cermat dengan berniaga produk wangian.

Ramlah berkata ketika ditanya mengenai impak pandemik menerusi sidang media perlancaran lagu baharu, Aku Ubatinya secara maya sebentar tadi.

Mengulas mengenai perkembangan karier nyanyian, Ramlah, 56, tidak sekali akan ‘gantung mikrofon’.

“Sebenarnya tak berani nak cakap sebab dulu pernah terfikir umur 50 tahun nak berhenti, takut kata nak berhenti tapi tak pula. Malah minat saya masih ada dan pula sokongan peminat baharu lama tak putus-putus bagi dorongan kepada saya,” katanya.

Demikian menurut penyanyi Kau Kunci Cintaku itu, lagu-lagu baharu yang dikeluarkan adalah sebagai tanda mata untuk menghargai peminat setianya.

Aku Ubatinya yang mendapat sentuhan komposer Ajai dan Sharon Paul itu kini sudah boleh didengari menerusi semua platform penstriman digital dan muzik video rasmi lagu sudah boleh ditonton di YouTube Universal Music Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya